Friday, February 17, 2012

:)

0 comments
selamat hari jumaat.. penatnya hari ni.. misi hari ini ialah usha laptop.. oohh.. ayah nak jenama ASUS laa.. esok nak pergi cuci mata dengan akak kat lowyat.. nak ngurat laptop yang cun.. ni semua gara-gara PC kat tempat naja belajar tu rosak... uish.. bila hari isnin dan rabu je, kelas tu memerlukan penggunaan komputer.. bila dah rosak.. surat khabar, komik... tu la pilihan naja.. kelas hari rabu kelmarin, cikgu shamirna ada cakap la dengan kami sekelas, "kelas awak ni macam-macam ragam.. tak reti senyap.. kelas saya yang lain-lain senyap je.." ohh.. maaflah ye cikgu.. naja akui kelas ni agak sosial.. bukan tu je.. kecoh dengan macam-macam cerita.. sibuk kenakan orang sana sini.. kelas sebelah kami pun kena kacau... dalam kelas ni pula, ada seorang kakak (kakak ke?) yang minat dekat sorang laki ni.. semalam dia meraung dekat luar kelas sebab mamat yang dia minat tu duduk dengan "gegurl" lain dekat luar.. berani pulak dia face to face dengan girl tu.. actually girl tu cuma member mamat tu je.. kan dah malu... retak seribu muka la akak.. habis kelas, naja denagn razin cepat-cepat masuk lif.. NAK BALIK! tak nak terlibat dengan masalah beliau!------minggu depan pula start kelas TEKNIKAL KOMPUTER hari selasa dan khamis sepanjang 2 minggu.. balik pukul 4.30 petang..
penatnya! habis kelas ni, 2 bulan pula kelas ENGLISH COMMUNICATION.. balik? pukul 5.30 petang.. dahlah time orang balik kerja.. huh..  tak apalah.. belajar punya pasal... hmm.. sah-sahlah sampai rumah pukul 6.30 petang.. lari time dinner aku... haha... ok la. nak jadi suri rumah ni,.. kemas bilik, basuh baju.. sengal, dah tengah hari baru nak wat.. tata..

Thursday, February 2, 2012

:)

0 comments



 assalamualaikum dan salam sejahtera... gambar di atas?? aiskrim yang paling ingin dimakan bila singgah kat KL SENTRAL.. "kak, flavour twist choc satu..".. sedapnya.. dihabiskan dalam masa 5 minit.. sempat nak tunggu lrt seterusnya datang.. hahaha.. ada satu hari tu, beli juga aiskrim ni.. tiba-tiba kakak tu cakap, "dik, boleh tukar perasa tak? coklat habislah.." dengan kecewanya pun berkata dekat kakak tu, "bagi mocha la kak." huhu... tapi sedaplah juga walaupun pahit sikit... hehe.. 

Hari ni ada kelas pengurusan perniagaan untuk sesi pertam dan RINTAS bagi sesi kedua.. dalam kelas perniagaan, hari ni belajar proses awal perniagaan.. tiba-tiba cikgu cakap pasal makanan yang dibuat dalam keadaan yang tak bersih..hoho... agak geli bila dengar.. hari ni juga buat pertama kalinya kami satu kelas berkata, "pandai pula cikgu zain buat lawak hari ni..". kelas sesi kedua pula cuma kena buat ayat je.. cikgu aliaa masuk kelas je, cikgu ambil marker dan tulis kat whiteboard, "bina ayat berdasarkan kumpulan ringkasan 2 seterusnya dirintaskan." senang saja.. nasib baik dapat A+.. hehe.. thanks a lot miss.. haha..

perjalanan balik pastinya kena tunggu bas dekat LRT Bangsar.. selalunya bas akan sampai around 12.30.. tapi hari ni 12.40..huhu.. kenalah tunggu dalam 25 minit..huhu.. tak apa.. yag penting sampai rumah.. ok la.. nak siapkan assignment.. tata,wassalam...







Sunday, January 29, 2012

isnin!

0 comments
salam sejahtera semua.. ohh... esok adalah hari isnin dan esok naja akan kembali ke kelas seperti biasa.. esok ada kelas asas internet untuk sesi pertama. sesi kedua pula asas menaip.. naja suka kelas sesi dua.. mula-mula cikgu masuk kelas, cikgu suruh lembutkan jari dengan cara menaip:

asdf ;lkj asdfg ;lkjh asdfgf ;lkjhj fgf asdf asdfg asdfgf jhj ;lkj ;lkjh ;lkjhj

sangat seronok.. termasuk tutup mata dan taip perkataan yang cikgu sebut.. hahaha.. kena hafal huruf pada keyboard.. ohh.. tak sabar rasanya kelas esok ditambah dengan kebisingan kelas oleh kak tengku, adib, kak nia, farah, razin dan naja sendiri.. hahaha.. seronok... tata..

Friday, January 27, 2012

0 comments
ape aku dah buat ni.. aku rase aku macam dah pecahkan rasa kepercayaan yang dia bagi kat aku sepenuhnya.. luluh rasa hati bila macam ni.. nak nangis pun ada.. silap aku.. aku selfish ke?? tak ambil tahu pasal dia ke?? hmm.. perasaan je kot.. apa-apalah.. niat kat hati memang nak tanya dia soalan.. tapi selalu tak jadi tanya tiba-tiba sebab aku rasa apa yang aku tanya macam tak penting nak tanya.. tak nak dia risau.. nak cerita masalah aku pun susah.. sebab tak nak dia susah hati.. aku tau dia akan susah hati kalau aku nangis.. hmm.. pergilah jauh-jauh perasaan sedih.. aku tak sanggup nak tanggung.. aku pun bukannya yang terbaik untuk dia... buntu..

Sunday, January 1, 2012

hari ini ~

0 comments
 ASSALAMUALAIKUM semua.. wah.. mood dah kembali pulih.. ngee~ pagi tadi busy habis beli baju dan seluar.. cuma yang tak dapat lagi adalah KASUT.. oohh.. itu adalah masalah besar.. tak apa.. fikir positif. konon boleh cari dekat KL.. hehe.. tak apa.. tu belakang kasi ceritalah..
 
 

ok.. naja nak cerita pasal kereta kat atas ni.. tadi belajarlah bawa kereta buat julung-julung kalinya dengan menggunakan kereta di atas.... dan dah boleh balance untuk segalanya cuma stereng je boleh kawal sikit je.. reverse? hmm... rasanya macam cikgu tu yang buatkan reverse.. naja cuma tengok cermin dan lepaskan klac.. hahaha.. apa-apa pun terima kasih EN.AZIZ.. nasib baik naja ni cepat pick up bab kemahiran.. hehe... habis je belajar, ya allah, rasa nak tertanggal bahu dengan tumit.. penat sebab nak tarik brek tangn tu, ya allah, ketat + berat ! may be sebab tak mahir lagi.. kaki pula sebab nak jaga klac, susah sikitlah.. dua kali mati.. dua-dua kat simpang empat. satu betul-betul dekat garisan putih simpang. lagi satu dekat tengah-tengah jalan simpang. huh.. saya sangat gembira! :)
habis je belajar tu, ajak ayah pergi bandar nak pergi kedai buku.. naja beli buku dan pen warna pink.. hehe.. biasalah, perempuan.. pen ni unik.. naja dah beli pen yang ada 4 warna ( hitam, biru, merah, hijau), tiba-tiba ternampak pen jenama yang sama tapi ada pensel pula.. ceritalah kat ayah.. ayah naja pun dengan riangnya berkata, "pergilah beli..".. ohh.. bahagianya.. hehe... lepas tu pergi market.. saja nak survey harga nugget.. oohh.. duit semuanya.. biasalah.. itulah hidup zaman sekarang.. tapi tak risau sangat.. kadang-kadang boleh lari pergi rumah mak cik kejap..hahaha.. sekarang terasa gembira yang amat!  :)

sekian sahaja hari ini.. wassalam.. :)